About Me

My photo
Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Saya adalah pensyarah kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, UPSI, saya telah dan sedang melakukan sesuatu yang berbentuk proaktif, inovatif dan kreatif untuk menyelesaikan permasalahan di sekolah dan masyarakat. Semasa menulis dan membangunkan blog prodigybully saya sedang menjalani cuti sebatikal selama 9 bulan di UPI, Bandung di mana saya sedang melebarluaskan Prodigy ke sini. Dengan bantuan pensyarah di sini kami sedang membuat kajian keberkesanan Prodigy dalam membantu Guru BK di sini. Juga kami sedang mengalihbahasa kepada Bahasa Indonesia. Jom Follow Me..

Tuesday, December 27, 2011

Kesan Kemahiran Belajar 5 Domain Terhadap Sasaran Pelbagai

Kemahiran Belajar 5 Domain telah diadakan ke atas pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah.  Kemahiran Belajar 5 Domain juga adalah satu modul yang amat sesuai untuk sesiapa sahaja termasuk pelajar OKU, ibubapa, guru, pelajar IPT dan juga pensyarah universiti.  Saya telah berkali-kali melaksanakan modul ini pada sasaran di atas dan kesannya adalah memberangsangkan.  Cuba tuan puan mainkan video di bawah untk melihat kesan tersebut.




Saturday, February 12, 2011

Pendapat Pelajar DPLI Berkenaan Modul Prodigy

DENGAR PANDANGAN MEREKA.. KESAN PRODIGY
 

MONTAJ KEM PLKN TERBARU..
10.3.11



MONTAJ KEM BINA INSAN GURU (BIG)  19-21 FEB 2011
Lagu My Heart adalah lagu thema penamatan kursus...


Kursus di bawah dijalankan cuma satu hari setengah dan hanya melalui 5 modul Prodigy..


 
Montaj Kem Kumpulan pertama

Montaj Kem Kumpulan ke 2
PESERTA KEM PRODIGY 2007
Saya telah mengendalikan kursus KEM PRODIGY selama 3 hari 2 malam di Dusun Ecoresort untuk pelajar DPLI 2007 yang datang daripada pelbagai lapangan termasuklah jurulatih, konsultan, human resorce dsb. Sila klik di bawah untuk paparan di dalam you tube dan dengar sendiri pandangan mereka:






Monday, January 31, 2011

3. KESAN MODUL AGAPE LOVE (petikan dari facebook)

Sebelum membaca kesan AGAPELOVE  kepada peserta kursus, baik kita dengar dulu kesan Modul Prodigy keseluruhannya.                      


Bekas Pelajar UPSI  Yang Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang         
             Baru Setahun Berkhidmat di Sekolah..


       Semasa mengambil bahagian dalam ITEX 2009 saya terjumpa bekas pelajar yang membawa anak muridnya melawat ITEX.  Saya kagum dengan pencapaian beliau.. dengar sendiri apa katanya tentang kesan latihan Pusaka01 (Prodigy)


KESAN PRODIGY KEPADA PELAJAR BERISIKO TINGGI



Saya dan team Prodigy telah melakukan penyelidikan langsang di SM Suai Sarawak pada tahun 2008.  Kami memantau kursus yang dikendalikan oleh bekas pelajar kami seorang yang dulunya sangat pasif dan tidak yakin pada diri sendiri. Dengan latihan Prodigy beliau mampu mengendalikan seorang diri selama 3 hari 2 malam dan impaknya sangat tinggi walaupun beliau seorang perempuan bekas pelajar KUZA.  Dengarlah rakaman yang telah saya lakukan terhadap pelajar yang terlibat.  Selamat mendengar.


Video di bawah pula semasa saya menjadi warden asrama sekolah vokasional..
dengan pendekatan prodigy tiada ragging dan hidup dengan penuh kasih sayang..

Di dalam video di atas kebanyakannya adalah pelajar berisiko tinggi..
Siapa kata manusia tak boleh berubah??? yang perlu di ubah idalah cara mereka dilayan..
 for things to change we must change first..


KESAN AGAPELOVE (seperti yang tercatat dalam FB saya)

Aziz Yatim
Saya terharu apabila terlihat ungkapan U I LOVE yang masih digunakan oleh pelajar saya yang telah melalluinya 7 atau 8 tahun yang lalu dalam fb ini... Apakah ianya masih berkesan di hati? Kepada SEMUA PESERTA KURSUS saya yang pernah melalui modul AGAPE LOVE apakah kesan KASIH SAYANG kepada diri anda? Sila beri respons... tqsm. U I LOVE...
May 7, 2010 at 8:45am • Like • Comment

Aziz Yatim
Kepada GBK dan guru di sekolah bila anda melihat pelajar anda di sekolah apa pandangan anda terhadap mereka apabila mengingatkan kembali tentang modul ini?
May 7, 2010 at 8:49am • Like


Jimfrenk Oyoll
astagaaaa...sifu..sy xingt la ungkapan U I LOVE..AGAPE LOVE...apa aktiviti ungkapan ni???


Aziz Yatim
kumpulan awak tak melalui modul ini Jim...
May 7, 2010 at 10:14am • Like


Hairul Hazizi
Salam Ayahanda Aziz. Sebenarnya ungkapan U I Love ini lah yang memberi semangat kepada kami untuk terus berjuang di sekolah. Kasih sayang tanpa syarat. Dan sebenarnya ungkapan inilah yang membuatkan ukhuwah kami sesama kaunselor keluaran UPSI 2002-2006 sangat akrab dan masih berhubung walaupun saling berjauhan.
May 7, 2010 at 10:29am • Like


Lia Liana
u i love always dlm hati smpai bila2....x kn dilupakn...always guna masa kt juntech dlu...1st n 2nd batch paling terasa sgt kesn nya....untill now...tqvm cikgu aziz..u we love.. sudah 9 tahun berlalu..
May 7, 2010 at 10:32am • Like




Jimfrenk
Oyoll CISSSS...XADILLL
May 7, 2010 at 10:34am • Like


Fadilah Abdullah
Salam En Aziz, u i love memang ungkapan keramat buat kami, wpun sdh lama tdk jumpa antara satu sama lain tapi ungkapan itu masih lagi menjadi ikatan kami...u we love, tqvm
May 7, 2010 at 10:37am • Like


Hairul Hazizi
Kadang-kadang masa laksanakan modul Agape Love ni menitik air mata saya mengenangkan nasib pelajar-pelajar yang kadang-kadang memang terabai dari kasih sayang ibubapa. Ada ibubapa yang beranggapan bahawa dengan adanya wang ringgit semua boleh dibeli termasuk kasih sayang. Betapa murah kasih sayang yang mereka berikan sekiranya nilai kasih sayang mereka hanya pada RM10 sehari. Tapi itulah hakikat dunia hari ini. Wang lebih diutamakan dari kasih sayang.
May 7, 2010 at 10:49am • Like




Aziz Yatim
Lia Liana betul kah?? lama sungguh kesannya, Jim sori tidak semua kursus berakhir dengan Agape Love, Fadilah, Hairul Hazizi anak sulung UPSI yang mula-mula merasainya dan masih bertahan tahniah...
May 7, 2010 at 10:55am • Like


Nurul Aida Jaafar
masih digunakan....setelah 5 tahun....kesannye bila ada perkongsian secara psikolagi...meluahkan apa yang selama ni disimpan...menyatakan perasaa terpendam sekali gus membantu pelajar merasai dan menyedari bahawa makna kasih sayang itu memang wujud dalam dunia ini...
May 7, 2010 at 11:27am • Like




Lia Liana
cikgu aziz...kesnnya smpi skrg...skg pon dpt bkerja b'sma ngn cikgu husnani n cikgu azman...n cikgu sapawi(kejp je)...ank murid pon da bole dok 1 meeting ngn cikgu taw...terharu sgt..
May 7, 2010 at 11:27am • Like




Nor Faizah
sgt berkesan en. azizzzzzzzz......tqvm...u i l0ve t0k en aziz dr aye...heeee
May 7, 2010 at 11:33am • Like




Norazura Md Senin
en.aziz,U, I LOVE adlh 1 ubgkpn keramat n ajaib.ungkpn itulh yg menyatukan kami semua...U,WE LOVE..
May 7, 2010 at 12:13pm • Like




Roslina Binti Md Salleh
satu ungkapan yang sering digunakan bila berhubung denagn rakan-rakan 2002-2006. ungkapan yang takkan luput diingatan. sampaikan kawan2 lain dok tanya apa u i love tu?? u i love sebagai satu semangat kasih sayang yang takkan luntur walaupun kami semua berjauhan. ungkapan keramat dan ajaib. thanks en aziz...
May 7, 2010 at 1:31pm • Like


Srikandi Ct Kamisah
U I Love..1 ungkapan yg sangat bermakna..TQ En Aziz..
melalui kursus dan UIL tu la saya banyak belajar n meninggalkan kesan yg mendalam sebagai sorg kaunselor..
U i Love jugak merapatkan hubungan antara rakan2 kaunseling UPSI..saya masih n tetap gunakan ungkapan
U i Love sampai bila2...TQ En Aziz.. U i Love..:-)



Aziz Yatim

owh.. terharunya saya... saya harap kesannya akan tertumpah ke anak didik awak dan mewujudkan suasana agape love di persekitaran tempat kerja awak dan mereka yang memerlukannya dapat merasainya... thanks u all i love..
May 7, 2010 at 4:28pm • Like




Ikhwan Zakwan
sedih xsempat abis mempelajari modul sakti nih.....
May 7, 2010 at 4:52pm • Like




Aziz Yatim
yesss.. kalau awak tau modul ni boleh ubah pelajar nakal kepada pelajar nakal tapi ada taman di hati...
May 7, 2010 at 4:54pm • Like




Nor Hidayah
Sy peserta kursus AGAPE LOVE Jun 2004. U I LOVE kesan sampai sekarang.tak kan hilang dr sanubari ini. inilah kesan dr keikhlasan insan membantu manusia. TAHNIAH EN. AZIZ YATIM
May 7, 2010 at 5:03pm • Like




Nor Hidayah
s2dent B&K UPSI memang bertuah kerana banyak modul berguna telah dipelajari. AGAPE LOVE, KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN adalah antara modul yg sngt memberi manfaat dan impak besar kpd GBK. kwn2 sy yg belajar kaunseling di IPTA lain, sngt2 cemburu kt sy dan s2dent B&K UPSI tau.
May 7, 2010 at 5:41pm • Like




Kak Long
sebenarnya..pgkuan jujur saya..


agape love mnjadikan sy seorang guru (wlupun masih prktikal) untuk lebih jgn ego dan mnyorokkan prasaan jika sayang pada ssorg..sblm ni...tingkahlaku kita sering nk elak utk tnjuk kita syg pd ssorg..smnjak sy jadi guru ni, saya tidak lokek utk mmbntu pljar..


saya diduga untuk berada di sebuah sekolah y ramai cina dan india dan juga sentimen perkauman yang teramatlah hebat..dahulu, sy ni nk pgg org india pun saya rasa lain...ada kes pergaduhan..nak sentuh pelajar sblm ni pun saya xnak..pglmn mllui agape love..mnjadikan sy jgn sembunyikan prasaan kasih syg tu..mllui sentuhan pd pelajar..pelajar y degil, tgh amarah..hot ms gaduh..(pljar dah lah bsr daripada kita..), melalui sentuhan..dorg jadi reda..dhulu, xpnh sy nk sentuh2 ni..tapi sy pcya..mllui sentuhan..tmsuk dgn klien kita pun mreka akan reda..itu adalah y personal y sy dpt belajar...manusia ni ada prasaan kasih syg..y degil jadi lembut...tmbah plak..blja psl komunikasi ms kursus tu..gaduh,tolak cikgu smpai jatuh itu perkara biasa..kita jatuh terjelepuk pun kna tolak dkt pljar dlm nk leraikan pljar bgaduh..pkra biasa...biarlah rahsia sekolah mana..tapi sy ttp positif pd pljar2 sy..


modul ini boleh diketengahkan juga utk perpaduan kaum..jika en.aziz berminat..buatlah kajian di sekolah sy bgmana ign terapkan agape love dlm klgn pljar y sgt2 hardcore ttg pkauman ini...spjg prktikum sy dpt lihat kbnrannya..sy syukur, pglmn sy mllui modul ini, sy mnjadi manusia y pljar2 xda kasih syg..kita beri perhatian..pd mreka..komunikasi dgn mreka baik2..mreka brubah en.aziz..dhulu amatlah nakal dan tsgt "cibai" (tu ayat mreka kalau kurang ajar), skg ni..sudah brubah..cuma sy harap mreka x bgntung pd sy..bila sy dh abis prktikal..nak2 lagi..mllui u i love..sy lbh syg pd pljar2..dtg je bilik kaunseling..nk cari kita smata2..sakit sikit jer..kitalah y mmberi ptolongan..sapa nak rawat kudis pljar y bnanah, kayap..itu semua kerja kita..pljar xcident..nk bersihkan luka..kalau bukan kerja kita kerja sapa lagi..kasih syg adalah anugerah..jika kita mahu berkat dlm hidup..sygi mreka..kalau jalan psr malam tu..KALAU terserempak..pljar cina ke..melayu ke..lagi2 india..dr jauh lagi...suara "CIKGUUUUUUUU!!!"..itu balasan jika myayangi mreka..mreka akan hormat kita jika kita hormat mreka..
sy dpt mllui slot agape love dlu..sy aplikasikan utk khidupan harian sy..mlllui kasih syg..kita xlokek mmberi pujian.."CIKGU TAHU,...AWAK SGT BAIK SBNRNYA...", "CIKGU TAHU...AWAK BUDAK BAIK KAN...JADI XYAH LA BUAT Y XELOK NI..", sampai 1 tahap..mllui kasih syg kita akan ada pghargaan kendiri..tmsuklah pljar2 juga..byk lagi nk tulis..pglmn prktkum y bharga mnjadikan kita seorang guru y syg pljar2..pljar2 y rapat dgn saya ramai pljar llki y hardcore..india ke melayu ke..dlu sy ni..ngn org llki xkira la budak ke mesti xlayan sgt..tapi pglmn mllui modul agape love y pnh sy lalui.."jgn lokek kasih syg"...ia anugerah Allah..xrugi pun kasih dan syg pd pljar2..


byk nk kongsikan lg..tapi nnti pnt plak nk bca...sy mmg suka slot tu..simple..lbh natural..tapi berkesan..buat apa program meletop2 tapi xda kesan..kita nk lihat kesan kan..


sy mntk maaf, sy bukanlah guru ditauliahkan lagi..tapi inilah pkongsiannya dan apa y saya lalui di sekolah sy trgt kt en.aziz sbnrnya..pglmn y en.aziz pnh kongsikan dlm kls..bhdpn dgn pljar india dan semua tu..sy igt sgt2..krn pkongsian en.aziz dlm kls..sy kuatkan smngt..dlm hati "mungkin inilah y pnh en.aziz rasa dulu"...


slot agape love bukan utk kesan jgka masa pendek..tapi jgka masa pjg..sbb kasih syg..adalah utk jgk masa pjg..krn ia dirasai smpai bila2..


baik, nk stop nnti letih plak org nk baca..
May 7, 2010 at 10:10pm • Like




Cikgu Nor Ahmad
sifu...sy xpenah lalui modul AGAPE LOVE...hanya blajar drpd pemerhatian jer...tp U I LOVE sebati dgn sy...stiap note yg sy berikan pd student pasti tercatat...u i love


KASIH SAYANG adalah kekuatan bg saya...U I LOVE...MY SIFU...EN AZIZ YATIM...(nor kustech)
May 7, 2010 at 10:26pm • Like




Kak Long
nak smbung lg blh x..hehe..


lagi2..dgn adanya kasih syg pd pljar, mreka akan rasa mereka ada org y mmhami mreka..pljar2 sy..adkalanya mmbuatkan sy tfikir " aku dahulu..balik skolah, nak main jer..blja..makan tido...tapi pelajar aku???yAllah..AKU dahulu xpernah rasa kerja smnjak dr sekolah lagi..pljar2 sy..balik jer sekolah..campak beg trus pergi kerja..dan sampai lah malam..kjer..rata2 pljar sy bkja..dan xhairan lah dtg skolah tido jer..pnat..kalau cikgu xphm..sure akan marah kaw2...patutnya..kita fahami mreka..cuba selami mreka..mmg lah kita akn mrh..dtg skolah..tido..sapa suruh kjer..???tapi kita xtahu..main judge pljar jer..walhal..ptt fahami mreka..dlm kita fahami mreka..kita blh bntu mreka..so..mllui kasih syglah..then..jika syg pljar..pljar akan rasa..xkan aku nk sia2 kan bljar aku..dahla cikgu ni sayang aku..takkan nak fail...sbb tu sy katakan slot agape love ni bg kesan jgka pjg utk kita..walaupun mreka buat sstu krn kita..tapi kesan utk kbaikan dorg jgk..kan..


agape love = ssuai sgt..sy cdgkan utk sentimen perkauman plak..dtglah en.aziz test modul and slot ni pd pljar2 sy..td kes btumbuk..blasah krusi semua..nasib baik xkne kpala sy jer..(td jadi llki kejap..kuar suara ganas sergah mreka)..tapi dirasionalkan.."ckgu sayang kamu..buat program utk kamu..tapi kamu gaduh dlm program ni..." kes nya..pljar (kaum lain - xperlu sebut kaum apa) tgur..."cepatlah pergi"...(pljar kaum ni balas: apa kau sebuk) ...penyepak trus naik ke badan..then mulalah gaduh..lepas prgram tu..sy trus fikir.."kalau ak pggil en.aziz test modul dia ni mcm mn..ada gtau kaunselor sy juga..)..mn tahu en.aziz nk buat kajian.. kt sini..sy sudi mmbntu.,.


bgmn nk suh mreka aggp ayat2 mcm tu sbg gurauan...mreka pndang serius..sbb kes perkauman..mcm mn nk pupuk perpaduan..sdgkan di skolah..kecik2 lg dh ada sentimen perkauman..jawapannya..ketengahkan modul ni utk pecahkan sentimen itu..pkauman blh pecah dgn adanya kasih syg (agape love) dan hormat mghormati..


ksimpulannya..ssuai sgt test slot ni utk perkauman = ssuai sgt sempena 1 malaysia ni...tgok2 KPM suh en.aziz buat program besar..bila diterima modul ni...
May 7, 2010 at 10:27pm • Like




Zhie Fii
en.aziz, U I Love mengubah pelajar-pelajar saya...rasa dipunyai, rasa disayangi..dan rasa ada family bahagia dan saling memahami, sokong menyokong...
May 7, 2010 at 11:08pm • Like




Umie Zuraini
ya..msh menggunakan u i love pd kwn2...
May 7, 2010 at 11:09pm • Like




Cikgu Nor Ahmad
hebat...satu malaysia!...leh la bg PM modul ni sifu
May 7, 2010 at 11:24pm • Like




Kak Long
kbykan program y sy buat semua pljar llki..nk tidor mcm mn...hahahaa...tkut ada jgk..


budak ni kan..y nk marah..tapi nk tergelak..sgala rasa..kalau kita xsempat nk pakai bedak ke sekolah tu..adalah mulut manis nya..cikgu...cikgu x make up ke hari ni...gilooosss..dah la dpn2 cikgu lain..adoiii..nak pulak..cikgu..aritu sy tgok cikgu slim skit..knapa makin sihat ni cikgu...adoiiiiiiiii..


y dasat lagi..pljar llki india..kalau kita ckp elok2..di sua muka dia dkat dgn muka kita..smpai terpejam..bkerut dahi kita nk mgelak...nk marah2 jgk.."apa nih..dlm hati jer la..!!!!"then..kalau jalan tu..kna kasi dorg jln dulu..kalau x...habis la en.aziz...ini y buatkan kita perlu sgt2 profesional mcm dlm buku etika kaunseling tuhh..huhuhuhuhuhuhuhu...nak lagi..cikgu..you manyak cantik..no telefon cikgu...kalau belit tudung skit sudahhh..kna hati2 jgk..dlm hati ni..tbakar jer.."ko ni buat aku mcam sebaya ko je ek.." words dlm ati jer lahh....tapi nk buat cmner..nk marah xblh..xsmpai hati..layanzzzzzz...
May 7, 2010 at 11:29pm • Like




Kak Long
en.aziz..dtg buat kjian skolah sy en.aziz..mreka perlukan bntuan...dtglahhh..buat research kt sini...karam singh walia sllu ke sini...huwaaa
May 7, 2010 at 11:36pm • Like


Aziz Yatim
thanks Rohaiza itu impian saya.. umie kekalkan ek.. zurina sebab itulah saya masukkan dalam fb isu ni nak check semula sama ada modul ni bagus atau tidak.. kalau tak bagus dan tak berkesan saya nak lupuskan saja... fiti, karam singh tu kawan baik saya pernah tidor bersama tapi lain bilik cuma research kat sekolah awak praktikum tu alahai.... tenaga saya dah kurang...




Kak Long
ish2..nk lupuskan modul ni..drpd lupus..baik wasiat pd saya..awl2..hahaa...


tulung...nk pulihkan nama baik skolah ni..skolah ni xdalah jaaaaattt spt y dinyatakan...


en.aziz: pesan kat karam sigh walia..dtg amik hal y baik2 utk skolah ni..ni duk amk y jaat jer,.


spjg sy ada kt skolah ni:


1. moto kna gores dgn pljar..kreta cikgu cermin pecah..sudah dilaluiiii...pkra biasa di skolah ni..xtahu sbb apa..cikgu tgur skit nk mmbrontak..


2. pljar bunuh diri...


3. gaduh..gocoh (bhs kelate)..haha..


4. y pling mgembirakan sy adalah..sy xpnh tgok gandingan hebat antra kaunselor dan guru disiplin...tmbh pulak kaunselor 6 org..tmsuk kami 2 org..y prktikal..tdiri drpd pelbagai usia..ada mak, ayah, kaunselor india sy pggil bapak saudara..haha..y lain kakak2..usia prgkt2..mmbuatkan kami sgt close..sy bangga dgn kaunselor skolah ni..cikgu disiplin sgt hebat..kaunselor sllu dtg bilik disiplin..sy pnh duk kt bilik disiplin hingga parent igt sy cikgu disiplin..huhu..dan cikgu2 lain pun sama..ke bilik disiplin ulang alik..cikgu disiplin ke unit kaunseling..mmg sgt2 hebat..sy pnh tgok mcm ni..apa2 program sama2 bincang duk semeja ngn cikgu disiplin..


5. kalau tiap petang tu..kalau kami blik pukul 6...pljar bising..xda guru..cikgu2 kaunseling lah y tlg masuk tgk pljar..unit bimbingan kaunseling jd pmantau utk jg pljar sbb duk level koridor y sama..then kdg2..xsedar kjap je masa..sama2 kaunselor pnh cakap..kita bawak periuk nasi jer kat bilik kaunseling..kmudahan lain dh ada..duk sini xyah balik lah sng..semua gelak masa tu..
May 7, 2010 at 11:56pm • Like




Cikgu Nor Ahmad
sifu...cmner kes bdk2 gengterz...modul ni leh bantu
May 8, 2010 at 12:02am • Like




Norsia Mohamad
salam. start posting 2007 saya tak menjalankan tgs sbg guru bk, lepas dah pindah kat sek br awal thn ni br dpt tgs tu. rasa syg sgt ilmu2 bk yg saya bljr 4 thn d upsi. skrg ni saya terpaksa bermula dr awal. tp ungkapan U I LOVE tdk pena dilupakan cuma tak berapa ingat lg modul AGAPE LOVE.
May 8, 2010 at 1:34am • Like




Munira Kirana
En. Aziz, pendekatan kasih sayang mmg berguna sgt bila kita jadi cikgu di sekolah. pendekatan ini adalah yg paling baik utk kita bantu pelajar. sy memang pegang pendekatan yang en.aziz ajar. apa yg paling membanggakan, sentuhan kasih sayang sy telah berjaya wat sorg pelajar berubah jadi rajin n dpt no 1 dlm kelas masa exam... ;)
pendekatan kasih sayang pun berguna masa buat program sbb tak nak bg pelajar tension... sbb kdg2 pelajar ni dah tension kat sekolah... time program ni la kita nak bg dia release...
pelajar akan rasa mereka di hargai bila kita guna pendekatan kasih sayang... kadang2 mereka nak perhatian kita... sbb guru2 lain jarang bagi... dan kita akan jadi tempat rujukan. bila dah jadi baik dgn student, kita nak mintak tlng pun senang. kadang2 bila mereka buat salah, mereka dtg sendiri mengaku. jadi memudahkan kerja kita...
Sekarang baru tahu pengorbanan seorang kaunselor. =) tp seronok sgt en.aziz.. hujung minggu dipenuhi dgn program..
May 8, 2010 at 9:21pm • Like




Zhie Fii
Ya Allah, En aziz..janganlah lupuskan...saya yang hanya belajar sikit dari BIG pun byk dapat manfaat dari modul en..tanpa modul en, kami takkan bersatu..kalau en perlukan responden, anak2 didik saya boleh jadik responden..sekarang pengikut U I Love pun ramai...T_T




Zhie Fii
En. kemenangan pasukan bahas bwh didikan saya menang peringkat zon pun hasil dari modul kasih sayang en.. hadiah untuk en...sepanjang jaga budak2 bahas ni, saya memang gunakan Agape Love dan PAC..kesannya bukan sahaja saya lihat pada pelajar2 saya tetapi jugak guru2 lain yg terlibat..
May 8, 2010 at 10:36pm • Like




Aziz Yatim
ya Allah.. terharunya.. saya bangga kamu semua jadi guru yang penyayang dan pelajar berubah kerana guru yang macam kamu semua... bangga... bangga sangat tqsm uilove
May 9, 2010 at 12:15am • Like




Fauzhi Saip
d best modul pernah dilalui..bkn nak mengampu tau hehehe.. tp setelah lalui banyak kursus n modul. agape love n subconcius mmg d BEST. banyak mengubah diri saya utk jd seperti hari ini. kwn2 diperingkat master memerlukan kit seperti ni. mgkin tuan boleh pertimbangkan n saya leh tlg aturkan.
May 9, 2010 at 12:37am • Like




Fauzhi Saip
pada yg belum pernah lalui modul ni, saya sgt2 tekankan..carilah usaha utk bersama dpt merasai modul ni. penyampainya mesti EN AZIZ. pasti ada akan melihat dunia ini dr perspektif yg lebih luas dan hebat. saya masih belum mampu nak mengaplikasikan modul hebat ni. takut kesannya mempengaruhi kehebatan sebenar modul ini. kena menuntut lg ni..
May 9, 2010 at 12:44am • Like




Fauzhi Saip
kami batch 0206 selaku anak sulung mmg banyak terhutang budi dgn tuan. bak kata en bob..so pada adik2 junior, selagi masih ada peluang. lengkapkanlah diri dgn segala ilmu sprti ni. sbb bila dh posting nnt br tau betapa ruginya tak menuntut dr D BEST sifu ni. tul tak kwn2 lain? kalau tak caya tanya aku...betulll rugi oooo..hehee. pada TUAN, jgn dilupuskan ilmu yg hebat ni. kembangkan dgn inovasi tuan yg kreatif tu..kami sentiasa menyokong tuan n tak jemu2 menanti ilmu tuan. U I LOVE
May 9, 2010 at 12:49am • Like




Cikgu Nor Ahmad
ye btol poji...sokong 200%...agape love,subcon,5 domain...mmg de best...tp cg nor xpenah lalui modul ni...kesian dia...dia nk sgt lalui modul ni...tp xder rezki lg...
May 9, 2010 at 1:10am • Like




Zainab 'Abidah
salam cik aziz..
sy setakat ni hanya baru jd peserta sahaja utk modul agape love, belum pernah lg handle modul ni.. walau mcm tu pon kesan yg sy dapat melalui agape love n perkataan u i love ini sgt luas dan besar sekali pada sy.. jika cik aziz masih ingat pada TOT 1 di hay resort dulu.. sy antara salah seorang yg kuar utk share cerita sy... kisah ari tu sgt memberi kesan pada sy ditambah lg dgn sentuhan agape love.. secara personalnya, agape love sepertui melahirkan sekeping hati yg baru utk sy.. terutama terhadap ayah sy...


sama juga dalam kalangan kawan2... perkataan u i love itu sampai sekarang masih melekat di hati kami.. masih meniti dibibir kami.. ble sebut perkataan tu perasaan dia sgt lain.. terasa we bound togather.. :) sy rasa sgt bertuah kalau punya peluang utk handle modul ini... agape love give me a new meaning of love.. syg yg tiada harap balasan.. begitu juga ble dah bergelar kaunselor nnti... sygkan pelajar, buat apa sahaja demi melihat mereka berjaya.. tanpa dalam hati harap balasan yg berganda2... agape love juga menjadikan diri sy lbih dkt dgn pelajar ble berprogram.. sy rasa semakin mudah utk dekati mereka ble sy rasa ada perasaan kasih terhadap mereka.. sy willing to do anything for the sake of them.. sy tak rasa terpaksa atau rimas... benda ni bukan sahaja utk berprogram sahaja.. tp dalam kehidupan seharian... berteman dan bersahabat.. berhadapan dgn org2 yg agak sukar dilntur, tp dengan menggunakan agape love, insyaAllah... yg keras akan makin lembut akhirnya... :)


cik aziz, terima kasih untuk segala tunjuk ajar cik... sesungguhnya ilmu ini sgt berguna.. sy sgt merasa kesannya ble join tot dan handle program guna modul2 cik aziz... tahniah cikgu.. teruskan usaha anda...!!!!
May 10, 2010 at 2:44am • Like




Yong Lily
Terima kasih Ayah aziz telah mencipta modul AGAPE LOVE...Melalui modul ini... ia mengajar saya mencintai manusia dengan TERIMA TANPA SYARAT... dan juga cinta yang tidak mengharapkan balasan... Ia yang membantu saya untuk menjadi seorang guru yang cinta kepada anak murid kat sekolah... Terima kasih ayah... UILOVE.... Ayah... teruskan perjuangan...
May 10, 2010 at 9:55pm • Like


BERIKUT ADALAH PENULISAN SELEPAS MENGIKUTI MODUL INI DALAM DOKUMENTASI SAYA




Aziz Yatim menulis:
Modul Agape Love ini adalah hasil daripada cubajaya yang sangat lama. Bermula dari tahun 1994 dan banyak perubahan yang telah dilakukan dalam bentuk cerita dan latar muzik. Ianya memberi kesan yang amat tinggi terhadap kasih sayang kepada sesiapa yang mengikutinya. Selalu saya katakan sekiranya seorang pelajar mengikutinya dia akan menyayangi orang lain di sekelilingnya lebih dari sebelumnya. Mereka akan cuba membantu manusia dan menyayangi mereka. Mereka akan lebih menghargai ibubapa mereka, guru dan sebagainya. Begitu juga sekiranya guru yang mengikuti modul ini mereka akan menyayangi pelajar mereka lebih lagi dari sebelumnya. Mereka akan memandang pelajar sebagai manusia yang berharga dan perlu dibantu. Pandangan sebelum ini mungkin tidak seperti itu. Lumrah dunia kadang-kala seorang guru itu tidak suka untuk membantu pelajar mereka sendiri kerana ciri-ciri yang ada pada pelajar tersebut seperti pelajar gedik, mengada-ngada, tidak pandai, malas dan sebagainya. Apapun cuba ikuti apa luahan rasa daripada peserta yang telah mengikuti modul ini. Ini adalah sumbangan kecil saya untuk mewujudkan suasana kasih sayang dalam kalangan manusia di dunia ini. Wallahualam. Kepada sesiapa yang telah mengikutinya sila email luahan rasa anda ke pusaka01@yahoo.com untuk saya uploadkan ke blog ini. Selamat membaca. Wassalam.


FIRST ENTRY: 11.09.09
Nur Azani menulis:

Agape Love... sesunggunya bahasa cintas itu tiada taranya. Hati yang pada azalinya dikurniakan dengan rasa kasih jika disiram dan sentiasa dibaja dengan cinta ia akan mekar mewangi sepanjang masa. Agape Love mengajar saya menghayati apa makna kehidupan yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu milik sesiapa sahaja tanpa terbatas oleh batasan usia, bangsa dan agama. Setiap orang punya seribu jalan yang berliku dalam menjadikan siapa mereka. Agape Love banyak melatih saya mkenden gar apa yang tersirat dalam hati manusia walaupun tanpa mendengar suara mereka. Bagi saya penghayatan kepada Agape Love merupakan satu penghargaan diri yang amat tinggi dan tiada nilainya. Agape Love membuat saya merenung dalam diri dan melahirkan sebuah perasaan yang cukup berbeza terutamanya sebagai seorang manusia, hamba, anak, pelajar dan sudah semestinya sebagai seorang kaunselor di masa hadapan. `u i love...'


Yusmi Suhana menulis:
Agape Love banyak memberi impak kepada saya. Setelah melalui aktiviti itu, saya telah mengaplikasikan pendekatan kasih sayang dengan rakan-rakan. Saya juga turut mengaplikasikannya dengan keluarga serta anak-anak saudara saya. Ternyata ianya berkesan, kerana saya berasa lebih rapat dengan rakan-rakan, keluarga saya dan juga anak saudara saya. Buat pertama kali dalam hidup saya saya menyatakan sayang kepada ma dan abah saya dan dengan abang-abang saya dan akak saya, saya lebih senang dengan mengucapkan `I Love You'. Dengan rakan-rakan pula ungkapan You I Love sering dilafazkan dan akan sentiasa melafazkan ungkapan-ungkapan yang memberi seribu makna kepada diri saya.



Zuriatie menulis:

Agape Love memberi kesan yang mendalam dalam hidup saya. Agape Love telah menunjukkan bagaimana kasih sayang amat penting dalam kehidupan manusia. Berdasarkan apa yang telah saya lalui, saya merupakan seroang kakan sulung kepada 7 adik beradik. Di rumah, saya agak tegas dengan adik-adik. Sehinggakan mereka kadang kala takut untuk bertanya soalan kerja rumah kepada saya. Bukan niat saya untuk bersikap sedemikian rupa, tetapi sikap mereka yang nakal dan degil membuatkan saya memarahi mereka. akan tetapi, selepas saya mendengar kisah cinta agape love daripada En. Aziz, dengan tiba-tiba saya teringatkan adik-adik saya di kampung. Saya berasa amat bersalah dengan tindakan kasar saya selama ini terhadap mereka sedangkan sebenarnya saya patut memberi pengajaran serta tauladan yang baik kepada mereka. Oleh yang demikian, saya cuba untuk berubah. Seminggu pulang ke kampung, saya praktikkan pendekatan agape love. Saya cuba mengawal perasaan marah saya dan alhamdulillah saya dapat mengurangkan perasaan tersebut walaupun kadang kala perangai mereka menguji kesabaran saya. Pendekatan ini benar-benar mendekatkan saya dengan adik-adik saya yang lain sehinggakan saya rasa berat hati untuk meninggalkan mereka.




Sara (bukan nama sebenar) menulis:
Aku tidak menjangkakan sesuatu yang maha hebat akan berlaku, tapi inilah realitinya. Dari kecil aku diasuh dengan sikap kegarangan, kemarahan, disiplin yang tinggi dan ketegasan, pendek kata sukar untuk aku dapatkan pelukan manja, kasih sayang dan belaian manja dari keluargaku. Suatu hari mak dan abah bergaduh dan aku tahu semua ini gara-gara abah. Dia membuatkan ibuku menitiskan air mata kekesalan. Aku benci melihat keadaan begitu. Tidak semena-mena aku meninggikan suara kepada abahku. aku memberontak dan langsung tidak bercakap dnegannya. Aku memboikot dia dengan cara tidak layan dan tidak bersembang walaupun sepatah. Demngan harapan dia akan berubah. Ternuyata tidak sama sekali. Sehinggalah aku menyertai kursus En. Aziz, baru ku sedar pendekatan kasih sayang lebih bermakna. Aku yakin kata-kata En. Aziz, dan apabila cuti seminggu aku mulal berubah. Aku tunjukkan aku sangat sayangkan abah dan emak. Jujur aku katakan aku terlalu sangkan mereka tapi dahulu aku tidak pernah tunjukkan. Kata En Aziz, lebih baik kita luahkan sekarang, esok lusa belum tentu ada peluang itu. Hatiku tergerak, aku bertindak!
Kalau dulu aku tidak pernauh bercakap, abahku turu membisu. Aku mulakan strategi sewaktu abahku datang menjemputku di stesen bas, aku tersenyum dari jauh. Salam aku ucapkan, kalau dahulu taubat aku takkan buat. Emak dan abah berpandangan. Nak tergelak aku dibuatnya. Aku mulakan perbualan. Kalau dahulu suara aku kasar bila bercakap dnegan mak dan abahkuk sebab aku tak biasa tapi kali ini aku benar-benar bertekad. Suara lembut aku lontarkan. Ternyata abah dan mak memberi respon yang baik. Aku tunjukkan aku sayngkan mereka. Abah yang dulunya suka sangat membuat salah, bila tiap hari aku tunjukkan sayang pda abah dan juga ahli keluarga dia mula dendekati aku. Aku berikan respon.. Mungkin dia hairan sebab aku tak macam dulu.Suatu kejayaan besar bagi ku dan mungkin lepas ini aku mahu dia berubah tapi bukan sekarang terlalu awal. Aku nak dia rasa diriku cukup penting dan dia sendiri akan berubah kerana anak dia yang tercinta. Mungkin esok atau lusa. Sebenarnya aku tidak sangka sama sekali aku akan berbaik balikk selepas pergaduhan besar berlaku antara aku danegan abah. Tapi bila aku sendiri mengambil inisiatif untuk berbaik dan cara aku pilih ialah dengan cara kasih sayang, ternyata aku perolehi hasilnya walaupun hanya bertegur sapa. Lihat betapa hebatnya cinta, jika kita memberi dengan ikhlas dan 1000 kali ganda kita dapat balasannya.




SECOND ENTRY: 13.09.09
Seperti yang diceritakan Maziah (bukan nama sebenar)

Satu ketika saya amat membenci ayah saya. Bayangkan sebagai seorang anak perempuan yang mempunyai nilai keislaman yang tinggi tetapi ayah tetap tidak berubah dari dulu. Memang telah lama saya hendak menegur ayah. Tabiatnya yang saban hari menjelang maghrib ke pekan untuk bermain mahjung dengan rakan-rakannya itu sangat memalukan kami sekeluarga. Masanya amat sesuai saya kira apabila ayah meminta saya menghantarkannya ke pekan tatkala maghrib hendak menjelma. Saya menegur ayah dengan menasihatkannya berubah dan tidak lagi bermain mahjung. Saya katakan padanya dia telah tua dan patut pergi ke masjid daripada ke meja mahjung. Tanpa berfikir panjang ayah ke belakang lalu membawa bersamanya paip getah lalu melibas saya semahunya. Saya menjerit kesakitan dan lari darinya. Sejak hari itu saya tidak lagi bercakap dengan ayah. Sehinggalah ayah sakit kerana diserang angin ahmar. Ayah tidak boleh lagi berjalan. Saya pulang ke kampung dalam cuti semester tetapi tidak mendekati ayah langsung. Saya tidak langsung bertanya khabar atau menatap wajahnya yang sedang berbaring itu. Saya sangat sakit hati atas perlakuannya terhadap saya yang telah besar panjang ini. Saya malu sebagai anak perempuan diperlakukan sedemikian rupa. Tetapi setelah saya melalui modul agape love fikiran saya terus terarah kepada ayah yang sedang sakit di rumah. Saya bertekat hendak balik dan berbaik dengan ayah. Cuti semester peluang yang saya nantikan. Saya mendekati ayah dan melembabkan badannya dengan towel basah. Saya mengurut badannya. Saya bercerita dengannya. Saya tahu ayah tidak boleh pukul saya lagi macam dulu dan saya juga tahu ayah amat menyesal memukul anak perempuannya ini. Saya dapat melakukannya selama tiga minggu dan selepas itu ayah meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Jika saya tidak melalui modul agape love mungkin saya tidak dapat berbuat demikian dan saya akan meratapi dan menyesal seumur hidup saya. Terima kasih En. Aziz.


Noraini menulis
Agape Love banyak menyentuh jiwa saya. Saya mulai mengerti tentang nilai kasih saying dan cinta. Saya memberanikan diri untuk meluahkan rasa kasih dan saying saya terhadap seseorang melalui perkataan dan tingkahlaku. Abah dan ibu saya merupakan insane yang paling awal dapat mengesan perubahan sifat saya. Pandangan mata dan cara pergaulan antara kami sekeluarga juga mengalami perubahan yang amat positif. Saya juga yakin bahawa abah, ibu dan ahli kelurga yang lain meyayangi saya seperti saya menyayangi mereka. Selain itu, saya juga agam mudah untuk membuat perkongsian perasaan dan semakin mempercayai orang lain.



Norazura menulis

Kisah agape love amat berkesan dalam diri saya. Saya sedar kasih sayang patut diletakkan tempat yang tertinggi dalam kehidupan. Sesungguhnya, saya amat percaya bahawa kasih sayang adalah puncak kebahagiaan dan tunggak kedamaian. Sebaik sahaja tamat kursus ini, saya dapat merasakan perasaan kasih syang begitu meluap-luap dalam diri ini. Kasih kepada ibubapa, adik beradik, suami dan anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan. Kalau dahulu saya menympan sedikit prejudis terhadap kaum lain, tetapi kini saya telah dapat mengubah persepsi saya terhadap mereka. Dan kini saya rasa benar-benar ikhlas dan telus dalam menjalin perhubungan dengan jiran tetangga dan rakan-rakan. Malah saya turut menerapkan agape love kepada anak saya dan ahli keluarga saya. Kesan daripada perubahan ini memberi impak yang besar ke arah perubahan persepsi dan tingkah laku saya. Saya telah dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Dengan kasih sayang kita akan menjadi manusia yang ikhlas, tulus dan telus dalam semua tindakan kita. Bukan bermakna saya tidak punya rasa kasih sayang sebelum ini, tetapi agape love telah memperkukuhkannya lagi.




Hadijah menulis
Pendekatan agape love yang didedahkan sewaktu kemuncak kem banyak memberi impak positif dalam kehidupan saya. Saya kini lebih berfikiran terbuka dan lebih menghargai sesuatu yang aeda pada diri saya. Saya lebih cenderung untuk tidak berkasar dan agresif terhadap orang lain, tetapi menggunakan pendekatan kasih sayang dan cara yang boleh diterima oleh orang lain. Kejayaan ini sebenarnya tidaklah sebesar mana bagi pandangan orang lain. Namun ia amat bermakna bagi saya. Ianya tidak hadir selepas sahaja selesai kem tersebut tetapi hadir secara perlahan-lahan dan memerlukan masa yang agak panjang. Perubahan ini meliputi perasaan dan daya ketahanan saya dalam menghadapi situasi yang baru. Walaupun pada mulanya agak payah dan susah, namun semangat agape love masih membara dalam diri saya. Perubahan ini memang berlaku ke atas diri saya tidak pada orang lain kerana saya yang merasainya. Impian saya , saya ingin menjadi seorang kaunselor yang berkebolehan dan mampu membantu mereka yang memerlukan.


ENTRI 3: 17.09.09

Rohaya menulis...

Agape Love begitu menyentuh perasaan saya hinggakan menitiskan air mata saya tanpa saya sedari. Hal ini telah seterusnya menyedarkan saya bahawa selama ini saya tersasar dari pendekatan ini. Sebelum ini, saya melayan keluarga dan rakan-rakan dengan kasar. Sebelum ini jika adik saya melakukan kesalahan, biasanya saya akan terus memarahi mereka tanpa berfikir panjang, hal ini menyebabkan hubungan saya dengan adik saya tidak begitu akrab, tetapi dengan pendekatan kasih sayang ini, telah menjadikan saya dengan adik saya ini bertambah rapat kerana mereka merasa dapat kasih syaang yang saya berikan pada mereka tidak palsu dan ia lahir dari hati nurani saya. Di samping itu juga, ungkapan u i love juga saya praktikkan kepada ibubapa saya, selepas saya mengungkapkan kata-kata itu, hubungan saya dnegan ibubapa lebih rapat dan bebas berkongsi apa juga masalah yang saya hadapi. Oleh itu, jelas disini mennjukkan pendekatan kasih sayang memberi seribu keajaiban kepada mereka yang mepraktikkannya.


Ahmad menulis


Pendekatan yang digunakan dalam slot agape love begitu menarik dan berbeza. You i love mengajar erti kasih sayang kepada semua insan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Ianya amat menyentuh perasaan saya apabila ia dikaitkan dengan hubungan antara saya dengan ibubapa dan keluarga saya. Ia memberi satu keinsafan yang amat mendalam kepada saya tentang adakah saya telah memberikan kasih syang yang secukupmya kepada mereka. Sikap saya kepada ibu seperti bersikap kasar terutamya semasa usia remaja belum terampun walau setiap tahun memohon ampun kepada ibu di pagi hari raya. Begitu juga pengorbanan isteri yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi melihat kejayaan saya.




Siti Norezan menulis


Aktiviti agape love memberi kesan yang cukup mendalam terhadap diri saya. Aktiviti tersebut memberi kesedaran kepada saya agar memupuk nilai kasih sayang dalam menjalankan kehidupan seharian. Kasih sayang yang dibina atas dasar keikhlasan akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Saya ingin menerapkan nilai kasih syaang sesama insan dan menanamkan sikap suka menolong orang lain yang menghadapi masalah. Saya merasakan bahawa kasih sayang dapat membentuk diri saya agar peka terhadap orang yang terdekat dengan saya seperti ibubapa, adik beradik, ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan mahupun orangl ain.


Salmezah menulis


Agape love berperanan mewujudkan perasaan kasih dan sayang yang sejati antara sesama insan, dan hasilnya kini, saya lebih mudah memuntahkan kemesraan antara sesama individu. U i love merupakan satu ungkapan yang kian sebati dalam minda dan jiwa saya, malah dapat menjelekitkan diri antara satu sama lain apabila diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kini saya berasa lebih bahagia dan gembira apabila menjiwai ungkapan ini dan kian menghargai antara sesama insan.




Siti menulis


Slot Agape Love begitu banyak memberi kesan kepada diri saya. Perubahan utama ialah hubungan saya dengan keluarga saya terutamanya hubungan dengan ibu, bapa dan adik beradik saya. Jika sebelum mengikuti program ini hubungan kami tidak begitu mesra. Buat pertama kalinya semasa saya balik bercuti saya telah mencium dan memeluk ibu saya. Selain daripada mencium tangan ibu dan bapa saya. Dan buat pertama kalinya juga ibu saya telah memeluk dan mencium saya. Saya begitu terharu dengan situasi tersebut kerana saya tidak pernah merasainya sebelum ini. Hal ini kerana suatu ketika dahulu hubungan saya dengan ibu saya wujud sedikit masalah yang menyebabkan saya lebih rapat dengan bapa.




Noor Akmal menulis


Pada cuti pertengahan semester yang lepas saya telah nampak keberkesanan sikap yang ada pada diri saya telah berlaku pada diri saya dan diri adik lelaki saya yang kini berada dalam tingkatan lima. Jika dulu berlaku perselisihan faham hingga tidak bertegur sapa sampai dua tiga hari tetapi dengan langkah yang saya ambil menjadikan adik telah tampil meminta maaf kepada saya. Saya tidak tahu nak cerita macam mana perubahan yang ada pada diri saya tetapi balik ke rumah pada kali ini menjadikan saya lebih sayang kepada keluarga saya. Walaupun keluarga saya tidak mengalami masalah tetapi kebahagian yang telah sedia ada menjadikan saya lebih bahagia dan rasa sayang bertambah kepada ahli keluarga sebenarnya. Jika dulu saya kurang mengambil tahu perihal rakan-rakan dan kepada adik-adik yang masih belajar tetapi kini saya begitu ingin tahu tentang keadaan rakan adik-adik kerana merasakan mereka perlu diberi kasing sayang dan sekurang-kurangnya merasai apa yang adik saya rasa hasil tunjuk ajar daripada saya. Kini, adik-adik telah menunjukkan rasa sayang yang lebih kepada saya. Anak saudara yang masih berusia dua tahun telahpun pandai menyebut u i love kepada saya. Ketika berhadapan dengan orang kampung sekalipun, saya menunjukkan sikap yang baik di mata mereka bukan berlakon tetapi itu realiti sikap yang perlu dijaga rapi supaya ianya sebati untuk masa akan datang kelak. Saya tidak cepat melatah sebaliknya mendengar dulu apa yang orang lain kata, kemudian saya menilai dan cuba memberi pendapat dengan penuh hikmah jika pendapat bertentangan dengaan pendapat saya.








POSTED BY ANAK-ANAK EN. AZIZ AT 8:42 PM 0 COMMENTS

2. PENDAPAT BEKAS PELAJAR Terhadap Prodigy (dipetik dari Facebook)

aziz yatim
salam semua bekas pelajar UPSI yang sedang mengajar dan menjadi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah... sila kongsi pengalaman anda adakah modul pusaka01 @ prodigy membantu anda dalam mengendalikan kerja anda??? terima kasih...
March 25, 2010 at 2:43pm


Irwan Ragiman
salam... terima kasih dan tahniah buat ayah (En aziz) atas kjyaan prodigy@pusaka..... modul ni mula dijalankn dan sy sungguh bertuah kerana menjadi protege ayah yang terawal..modul ni byk membntu sy apabila mula2 posting ke sek berasrama penuh.. pd mula posting sy dah pn menjadi ketua kaunselor bg sek tersebut krn sek 2 tiada kaunselor. sy di bntu 2 lg kaunselor br membgnkn UBK. dlm tempoh yg singkt sy dpt mengubh bilik ubk n persepsi guru, pentadbir serta guru berkaitan kaunseling dgn bantuan modul ni. saya jug sering di pggl berceramah utk kepmpinan, sahsiah dn dsb. dgn bantuan modul pusaka semua xde mslh. kerja jd mudh malah program berkesan. tq ayah, tq dr jazimin, tq tn Hj md Nor...


Kak Long
pada pdgn saya, yang part komunikasi tu..saya suka yang tu.. bermasalah, manusia kurang ajar,silap faham di sebabkan oleh komunikasi. prodigy membantu menyedarkan tentang komunikasi PAC tu.. walaupun pkra itu mmg kita tahu tapi kita tidak praktikkan..prodigy mmbntu para pelajar amat berksan kalau ajar mereka ttg PAC ni..termasuk komunikasi dgn guru-guru kerana komunikasi harus bgntung pada peringkat2 manusia juga. saya sentiasa lakukan bimbingan kelompok dan individu dan masa relief kelas juga ttg komunikasi PAC..elok sgt kalau dlm klgn pljar y bmslh...kurang ajaran bckp dgn guru-guru.."BUDI BAHASA BUDAYA KITA" .. MLLUI pordigy "komunikasi PAC" saya dpt terapkan para pelajar cara berkomunikasi yang beradab, menghormati ssama mereka dan guru2..thnks prodigy!
March 25, 2010 aMarch 25, 2010 at 3:25pm • Like

Munira Kirana
salam...
saya merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti kursus prodigy....
Alhamdullillah segala yang diajar sangat berbuka semasa praktikum ini. bahan2 yang terdapat di dalam prodigy juga dapat digunakan dalam bidang tugas sebagai seorang guru kaunseling. Prodigy sgt lengkap untuk digunakan. modul-modul yang ada sesuai untuk pelbagai masalah pelajar. Sangat mudah dan membuatkan saya lebih yakin jika diarahkan untuk membuat program. Alhamdulillah... thank en aziz... thnks prodigy...
March 25, 2010 at 10:14pm • Like

Hanani Hanim
slm...
pada pandangan saya prodigy @ pusaka 01 ini sgt berguna bg seorng kaunselor terutamanya yg baru. bahan2 yg terdapat di dlmnya sgt berguna untuk kita kaunselor. semua bahan dah ada n kita cuma perlu edit sklh kita je. bagi saya ia sgt bermakna dan membantu saya di sekolah.
March 26, 2010 at 5:54pm • Like

Damia -Hana
Assalamualaikum...
pertama sekali saya nak ucpkan ribuan terima kasih kepada modul pusaka01 @prodigy ini kerana banyak membantu saya dalam mengendalikan program yang telah saya lakukan baru2 ini. Modul ini menjadikan saya lebih yakin untuk menjadi seorang kaunselor serta membantu saya dlam pelbagai masalah. Bahan yang b...aik dan layak mendapat pengiktirafan. TERIMA KASIH PRODIGY DAN ENCIK AZIZ YATIM...
March 29, 2010 at 8:31pm • Like
t 3:25pm • LikeMarch 29, 2010 at 8:31pm • Like


Ikhwan Zakwan
salam.. pertama sekali saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih dengan kelahiran khazanah tidak ternilai ini prodigy,,,, saya menggunakan pac dengan sepenuhnya semasa saya berhadapan dengan keadaan yang genting.... telah banyak perkara yang berlaku pada saya dapat saya selesaikan dengan menggunakan pac..... walaupun sehari sahaja saya sempat mendalami ilmu pac, saya berjaya handle situasi genting dgn jayanya.......
April 6, 2010 at 5:15pm • Like

Hairul Hazizi
Salam 1Malaysia. Prodigy merupakan amanah terbaik yang diberikan oleh En Aziz. Gunakan sebaik mungkin. Dalami maksud tersurat dan tersirat dalam modul yang diberikan. Jadi lebih kreatif dengan menambah pelbagai teknik serta modul terkini melalui pengalaman di sekolah. InsyaAllah guru BK keluaran UPSI akan sentiasa cemerlang. Buat ayahanda Aziz saya masih belum dapat anugerah cemerlang. Tapi kat kluang ni tak menang tangan saya dibuatnya, asyik dijemput untuk bagi ceramah je. Alhamdulillah modul Ayahanda jugak yang saya gunakan. Ahaks.
April 7, 2010 at 12:30pm • Like

Cik Hagemaru
salam.
baru-baru ini saya telah menjalankan 1 program di PUSPEN. dan saya menggunakan beberapa modul prodigy. feedback drpd pelatih di sana amat baik dan mereka enjoy dgn modul tersebut. bermakna di sini, modul prodigy bukan hanya sesuai untuk pelajar sekolah sahaja, malah sesuai utk semua golongan kerana peserta program yang saya jalankan ada yang melebihi 40 tahun. daripada situ saya dah nampak kehebatan modul prodigy ini. terima kasih kpd en.aziz yang telah memperkenalkan modul prodigy ini kpd saya dan rakan2..

Farana Smile salam...
di sini saya ingin menyatakan bahawa kita bertuah kerana ada nya modul2 prodigy yang dihasilkan oleh en.aziz..saya ada membeli cd2 en.aziz...dengan adanya modul itu, kita dapat menjayakan sesuatu program yang kita jalankan dengan baik...terima kasih dan syabas untuk en.aziz...diharapkan lebih banyak lagi modul-modul di hasilkan...
April 8, 2010 at 12:54pm • Like

Prodigy Clubs
trima kasih semua..modul2 ini sngt berguna untuk anda..aplikasikan kepada pelajar2 di skolah..
April 8, 2010 at 1:11pm • Like

Siti Rohayu Ahmadan
salam semua~ thanks 2 en aziz sbb membekalkan kmi bhn prodigy semasa kmi berpraktikal... ia sgt berguna.. td, 8 april 2010 kami bru mengendalikan kursus kemahiran belajar bserta kursus motivasi untuk pelajar tingkatan 6.. Alhamdulillah.. dengan bntuan prodigy.. semuanya berjalan lancar n kebanyakan cg disini kagum dengan pengendalian kursus yang kami lakukan.. thanksssss a lot... uilove
April 8, 2010 at 9:25pm • Like
April 8, 2010 at 9:25pm • Like

Prodigy Clubs
thanks ayu... harap dapat masukkan pandangan pelajar awak ek selepas pengendalian awak tu... thanks semua
April 8, 2010 at 9:30pm • Like

Pearson Edmi
Salam sejahtera. Saya rasa sangat bertuah kerana mendapat ilmu prodigy dari en Aziz, bagi saya Prodigy membuka lembaran baru bagi kursus atau kem yang diadakan untuk pelajar di sekolah. Modul prodigy amat berbeza dari modul kem yang diadakan kaunselor di sekolah, dimana pelajar merasa bosan dengan kem yang diadakan di sekolah. Baru2 ini saya telah menjalankan satu program di Kem Bela Insan di Ampang dan kami telah menggunakan beberapa modul en Aziz. Hasilnya program tersebut berjalan dengan lancar serta peserta di sana yang merupakan bekas penagih dadah telah menyambut dan memberi respon yang baik terhadap aktiviti2 yang dijalankan. Aktiviti modul yang dijalankan telah membina kejelekitan dan kemesraan antara kami. Modul Prodigy amat hebat dan menjadi panduan kepada bakal kaunselor (saya) apabila pergi praktikum dan posting nanti..terima kasih En Aziz
April 8, 2010 at 9:35pm • Like

Aziz Yatim
tahniah pearson... ia satu kejayaan besar bukan mudah hendak membuat program untuk penagih
April 8, 2010 at 9:40pm • Like

Jannah Rahdi
salam.. pada 8/4/2010 saya, ayu & nadiah mengendalikan kursus kemahiran belajar dan motivasi untuk pelajar tingkatan 6.. Alhamdulillah program tersebut cukup berkesan dan mendapat maklum balas positif daripada guru dan peserta.. ini semua berkat tunjuk ajar en.aziz dan bahan prodigy.. thanks en. aziz & prodigy serta yang terlibat, uilove


Alecia John
memang pusaka o1 lengkap pakej jika diaplikasi dgn baik. maksudnya, masa saya buat prog memang saya aplikasikan kerana modul pusaka itu lain dari yang lain. kalo ada org ciplak pun takan sama. saya sering gunakan dlm modul motovasi, prs, pengawas. dan yg penting dpt mengembangkan ciri kepimpinan seseorang pelajar. Pelajar pun happy ngan modul tu and tak rasa bosan. pelajar selalu tanya saya dari mana ckg dpt teknik kursus atau modul tu, saya akan jawab dengan bangganya bahawa saya ada tok guru yang hebat. bukan bodek, tapi itulah hakikat. diringkaskan model pusaka o1 bertemakan ikhlas, komited dan bertgjbw. memang banyak membantu...jumpe lagi..sibu swk..

Prodigy Clubs
salam semua bekas pelajar UPSI yang sedang mengajar dan menjadi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah... sila kongsi pengalaman anda adakah modul pusaka01 @ prodigy membantu anda dalam mengendalikan kerja anda??? tqsm
March 25, 2010 at 12:19am • Like • Comment


Roslina Binti Md Salleh
Yup.
memang sgt membantu. hampir 3 tahun menjadi kaunselor saya banyak praktikkan bahan-bahan yang saya perolehi dari CD pusaka01 yg sekarang dipanggil prodigy. dari segi modulnya pula, walaupun tak bnyk yang saya praktikkan melalui kursus atau program-program, tapi saya banyak gunakannya dalam mendekati murid-murid hardcore.

Prodigy Clubs
salam kepada semua pelajar sem 6 yang baru selesai menjalankan tugasan program pengurusan di sekolah. Sila nyatakan apakah pengalaman kursus yang menggunaka modul prodigy membantu anda dalam menjalankan tugasan tersebut? sila ceritakan pengalaman anda tqsm.
March 24, 2010 at 6:24pm • Like • Comment
Siti Nursyhakin Ismail, Siti Fadzilah Mokhtar and Aqulahsab Mohd Amin like this.


Jelajah Kini
modul ini ibarat peta kpd kmi dlm mnjlnkan program di sek..misalnya modul subconcius memberi impak yg sggh bermkna kpd pljr di sek smasa sy mengendalikannya...di stu sy lihat prubahan yg agk ktara kpd pljr dalam meluahkan perasannya yg sblm ni pasif dlm group.

Aqulahsab Mohd Amin
sgt membntu,, x menyesal mmpelajarinya.. pglaman mmbuat progrm di sek mgunakn modul ini mberi kesan y postf kpda pljar.. komen plajar, model ini lain dr y lain.. dn tidak mbuatkn mereka mgntuk dan sgt mmberi kngn y ckup mnis buat mereka.. dan sca xsedr mngktkn motivasi dlm diri pelajar..dn mereka mminta kami dtg lgi n inginkn progrm sebegini
March 24, 2010 at 10:02pm • Like

Roslina Binti Md Salleh
Kepada pelajar-pelajar yang masih berada di UPSI, jangan lepaskan setiap peluang yang ada untuk mendalami modul prodigy kerana ia banyak memberi impak apabila kita keluar ke alam persekolahan

Aziz Yatim
tahniah pelajar yang telah melakukan program pengurusan.. saya dapat feedback yang hebat dari sekolah yang anda pergi... thanks roslina
March 25, 2010 at 12:45am • Like

Nor Hidayah Md Saad
yer..sya stuju dgn edy...dgn menggunakan modul prodigy kita dapat lihat impak yg berkesan kepada peljar setelah mereka melalui modul tersebut...modul ini dapat membantu peljar meningkatkan jati diri,motivasi, n membantu meningkatkan kemahiran beljar mereka..thanks prodigy..
March 25, 2010 at 8:41am • LikeMarch 25, 2010 at 8:41am • Like

Masuzoe Aizawa
modul yg sangat baek dan sesuai ntuk diaplikasikan oleh semua kaunselor n bakal2 kaunselor..modul prodigy yg kami gunakan memberi kesan yg lebih mendalam n bermakna kepada pelajar.. pengaplikasian yg baek terhadap penggunaan modul prodigy telah menyuntik satu semangat baru kepada pelajar yg menyertai kursus motivasi yg kami jalankan.. pada pandangan saya, pembawaan setiap individu terhadap modul prodigy xkan sama, namun yg paling penting adalah bgaimana kita memproses setiap modul yg dilaksanakan.. semoga prodigy akn berjaya melahirkan produk kaunselor yg berkualiti.. tqsm prodigy..=)
March 25, 2010 at 11:28am • Like

Akram Ishak
salam..sebut je pasal prodigy nie kan..mmm..terlintas aktiviti yang menarik..so bila aktiviti menarik, x de aa yang bosan kan..so kalau wat aktiviti tu..rasa seronok dan berjalan lancar...haa sokong edy..cam peta...tapi nak komen skit aa kan..sape yang just beli tapi tak jalani dulu modul2 nie..susah aa nak wat..so alami dulu..pastu baru jalankan..pada saya..itu lebih memberi impak..bukan je kat peserta..tapi kat pengendali...so good luck to all...wslam..

Aziz Yatim
practice makes pefect...
March 25, 2010 at 2:37pm • Like

Noor Afera Redzali
betul tu.. saya pun sokong.. kita kena ada pengalaman jadi peserta.. baru lebih berkesan utk kita kendalikan modul tu sendiri nant.. saya sendiri amat berminat nak jadi peserta.. tp tak ada kesempatan masa n kewangan..
March 30, 2010 at 8:24am • LikeMarch 30, 2010 at 8:24am • Lik

Maysarah Heelme
modul yg sgt berkesan yg membuat kami merasa sgt berbangga dan berruntung mempunyai sifu yg menjadi pioneer prodigy. program yg kami jalankan pd asalnya kami tidak meletak harapan yg tinggi, namun berkat moul2 yg kami pelajari, ia memberi kesan yg sgt mendalam kepada peserta kursus sehingga kini. mereka masih mengamalkan apa yg kami ajarkan ketika kursus dan yg pastinya produk ini sgt membantu kami bakal kaunselor dgn lebih yakin untuk keluar ke sekolah kelak. berkat usaha dan dorongan padu dr sifu, kami teah mampu menjalankan program dgn baik.feedback dr pihak sekolah juga sgt memberangsangkan sehingga kami d jemput utk kali ke 2 menjalankan program d sekolah tersebut. pengetua juga membuka mata utk mengambil kaunselor produk upsi untuk d jadikan kaunselor d sekolah berkenaan.alhamdulillah, apa yg d ajar dan yg kami pelajari tidak sia2 dan berguna sampai bila2....... terima kasih sifuku, ayahandaku, Encik Aziz!!!
March 30, 2010 at 1:38pm • Like

Siti Nursyhakin Ismail
salam.. sangat bersyukur sgt sbb ada modul ini... thanks alot en aziz.. modul ini sgt2 membantu kami melaksanakan program pengurusan di sekolah... semua guru termasuk pengetua kagum dgn kami...walau mcm maner pon kami masih blaja lagi sgala pengalaman yg kami dapat dari mengikuti program bersama en aziz bnyak membantu.... modul ini memberi kesan yg amat memberangsangkan kepada pelajar.. kaunselor dan pihak sekolah mahukan program seperti itu lagi...
March 30, 2010 at 4:09pm • Like

Siti Fadzilah Mokhtar
mungkin comment ini agak lambat, namun kenangan program pengurusan yg dijalankan dalam semester ini masih segar diingatan....sejujurnya, saya merasa amat bertuah kerana telah diberip peluang untuk mengenali, mempelajari, mendalami dan mengaplikasikan modul prodigy ini.sesungguhnya, tidak semua orang dan tidak semua pelajar bimbingan dan kaunseling dapat mempelajari dan menggunakan modul ini...hasil pengaplikasian modul ini dalam beberapa program yang dijalankan, respon yang diterima setakat ini alhamdulillah, sangat memberangsangkan dan di luar jangkaan. jauh di sdut ati saya, memang tidak disangka2, respon yang diterima begitu positif dan saya merasakan bahawa dengan usia setahun jagung ini dan pengalaman dlam mengendalikan program yang sangat2 sedikit, keberkesanan modul ini dilihat jauh drpd apa yg dijangkakan. namun, alhmdulillah, keberkatan ilmu dan doa dr cik aziz juga banyak membantu...suatu pengalaman yg cukup bermakna dan pemberian yg sangat berharga!diharapkan, kepada semua rakan2 trainers prodigy, gunakan modul ini sebaiknya demi membantu anak bangsa kita!TQSM En. Aziz...

Prodigy Clubs
salam kepada semua pelajar sem. 4 yang baru selesai membuat program dadah.. sila beri pandangan terhadap kursus semasa di kalumpang yang menggunakan modul prodigy. apakah kesan kursus dan modul tersebut terhadap program yang anda lakukan sekarang? tq
March 23, 2010 at 11:56am • Like • Comment
Ieda Hidayah, Muhd Abu Handhalah and 2 others like this.


Muhd Abu Handhalah
salam. baru sekali lalui modul prodigy. alhamdulillah. kesan cukup baik. aspek keyakinan, dan ada sedikit ilmu untuk di kogsi bersama peserta. pengalaman yang amat mnyeronokkan. kalau boleh nak jalani modul prodigy yang seterusnya. :)

Ieda Hidayah
salam cik aziz... alhamdulillah td program bersama pelajar high risk dapat berlangsung dengan jayanya... modul yg telah dipelajari di Kalumpang dapat diaplikasikan oleh kami... Produk ini banyak membantu kami dalam melaksanakan pelbagai program.. tq so much atas tnjuk ajar dr cik aziz....
March 25, 2010 at 7:03pm • Like

Cik ReeNa
salam.... pengalaman d kalumpang mmg tdk dpt d lupakan....byk ilmu serta pengajaran yg kami perolehi sepanjang mengikutinya... modul prodigy ternyata dpt mmbantu kami dlm menjayakan program2 d sekolah pd masa akan datang..... thanks en aziz atas sokongan & tunjuk ajar selama ini......
March 30, 2010 at 2:06pm • LikeMarch 30, 2010 at 2:06pm • Like

Nur Al Ikhwani
assalamualaikum wtb...jujur dan ikhlas saya katakan bahawa program di kalumpang banyak memberi input yang berguna kepada saya.. walaupun masa yang singkat di kalumpang tetapi ilmu yang diterima sangat berguna..ternyata modul prodigy en aziz banyak memberi impak positif kepada saya dan rakan-rakan yang lain dalam usaha menjayakan program dadah dan juga program lain.program di kalumpang memberi lebih saya keyakinan untuk menghadapi dunia relaiti sebgai seorang kaunselor kelak.. modul prodigy ini perlu diperkembangkan lagi seantora kaunselor... tapi apa2 pun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kpd en aziz kerana banyak memberi ilmu pengetahuan.. insyaallah saya akan cuba duduk dalam kasut setiap pelajar yang bakal saya jumpa selepas ini...syukran jazilan en ab aziz yatim...

March 30, 2010 at 7:23pm • Like

Tiehah Adam
salam...program di kalumpang memang sangat menarik dan mendatangkan byk manfaat kpd diri saya terutamanya melalui aktiviti kembarun. Aktiviti tersebut memang sgt menguji mental dan spiritual. Pengendallian dan pelaksanaan modul oleh en aziz memberi sy suntikan smgt buat sy dan byk membntu sy serta kawan2 dlm menjalankn program knslg penyalahgunaan dadah baru2 ini. Terima kasih buat en aziz yatim atas dorongan dan tunjuk ajar selama ini.
March 30, 2010 at 9:30pm • Like

Hairul Hazizi
Kumpulan kami adalah antara yang terawal menerima modul Prodigy atau Pusaka 01. Banyak yang telah dipraktikkan. Keberkesanan program ini dapat dilihat secara menyeluruh. Dari segi disiplin, sahsiah serta emosi pelajar. Apa yang perlu adalah penghayatan dari kita semua. Kalau kita benar-benar faham apa tujuan serta maksud modul prodigy ni InsyaAllah modul ni akan banyak membantu kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab kita di sekolah.GBK SM Sains Johor.
April 2, 2010 at 10:41am • Like